Berlakon dalam filem yang hebat dari luar negara adalah impian yang diidamkan bagi setiap pelakon. Baru-baru ini filem terkenal dari Korea, Train To Busan: Peninsula yang merupakan sekuel dari filem Train To Busan telah mula ditayangkan di pawagam pada 15 Julai 2020.

Filem arahan Yeon Sang-ho dan juga merupakan pengarah asal Train To Busan. Dalam filem sekuel ini, dunia kini bertukar menjadi tempat yang dipenuhi dengan zombi dan terdapat hanya sekumpulan sahaja manusia yang terselamat.

Sumber foto: Malaysia News

Hal ini berkaitan dengan seorang pelakon dari Malaysia, Bella Rahim yang bertuah kerana telah terpilih untuk berlakon dalam filem ini sebagai watak cameo. Wataknya adalah sebagai askar penyelamat dan juga merupakan watak yang penting yang dikenali sebagai Major Jane.

Bella Rahim yang asalnya merupakan pelakon teater berkata,

Bella bangga dan terharu tapi Bella juga rasa malu sebab selalunya masa berlakon teater, tumpuan hanya kepada pelakon-pelakon yang sudah ada nama.

Sumber foto: Coconuts.co

Tambahan, bertuah bagi Bella kerana bukan sahaja dapat berlakon dengan dengan pelakon-pelakon dari Korea Selatan, malah dapat bekerja dengan krew perfileman antarabangsa. Bella Rahim juga bakal melibatkan diri dalam sebuah pementasan teater di Norway pada tahun depan.

Wahh, banyak review dari rakyat Malaysia yang bangga sebab ada pelakon dari Malaysia berlakon dalam filem terkenal ni. Beruntungnya Bella Rahim! Lagi-lagi dengar cerita bendera Malaysia juga ada dikibarkan dalam filem Train To Busan: Peninsula

Author

Write A Comment