Ain Edruce dikecam kerana baru- baru ini selepas berkongsi foto bersama suaminya. Gambar itu menunjukkan suaminya Amirul Hafiz Mustaffa sedang mencium pipinya ketika menyambut ulang tahun Ain Edruce yang ke-29 tahun. Netizen yang majoriti dari Twitter mengatakan bahawa mereka dituduh tiada hukum-hakam sebagai Muslim.

Ada orang agaknya tak tahu yang saya dah kahwin. Ada yang kecam yang tanya kenapa post gambar cium-cium dengan boyfriend, kan berdosa… haram! Ada pulak yang cakap, kan saya dah bersuami, kenapa post gambar dengan lelaki lain?”

Ain Edruce berpendapat tiada salahnya dia mahu bergambar mesra bersama suaminya. Tambahnya lagi, mereka yang kecam adalah yang belum kahwin lagi dan tidak memahami perasaan pasangan yang sudah berumahtangga kerana ada netizen mengatakan tidak perlu tunjuk kebahagiaan kepada orang lain walaupun dah kahwin.

Saya rasa tak banyak pun gambar saya bersama suami saya di media sosial, tu pun masih ramai yang nak kecam. Mungkin mereka tak kahwin lagi, mana tahu mereka pulak yang nak bercium-cium tapi saya janji saya takkan kecam mereka nanti kalau mereka post gambar macam tu.”

Ain Edruce akui dia juga terganggu dan sedih dengan komen-komen toksik itu semua tapi apakan daya mereka hanyalah manusia biasa. Untuk pengetahuan semua, Ain Edruce sudah berkahwin sejak 13 Disember 2019.

Sumber foto: MStar

Lain kali periksa la dulu kalau nak kecam orang. Ini main terjah je, kesian Ain Edruce kena kecam padahal dia tak bersalah. Haaa, netizen ni lebih kurang macam lagu Eh, Zizi Kirana la tu..

Sakit hati semua nak luah,

Banyak sudu sampai tak cukup kuah,

Hati hitam boleh tutup dengan jubah,

Kecam orang lain sendiri taknak ubah.

Haaa gitu..

Author

Write A Comment