Empat mukim di Kedah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran bermula hari ini (Isnin) sehingga 30 Ogos.

Kenaikan kes Covid-19 secara mendadak berpunca akibat Kluster Sivagangga di Kedah apabila didapati sebuah kedai nasi kandar di Napoh, Jitra menjadi punca penyebaran wabak tersebut kerana tidak merekod data pelanggan.

Sumber foto: The Rakyat Post

Kedai nasi kandar yang terletak itu bukan sahaja tidak menggunakan aplikasi MySejahtera atau merekod status atau data kesihatan pelanggan secara manual, malah tidak mengambil suhu pelanggan sebelum masuk kedai tersebut.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat susulan 11 kes baharu Covid-19.

Ismail berkata empat kawasan terbabit ialah Restoran Nasi Kandar Salleh di pekan Napoh, Kampung Pida Satu di Megat Dewa, Kampung Bendang Dalam Mukim Binjal di Kubang Pasu dan Kampung Ulu Sanai di Padang Terap yang kesemuanya terletak dalam radius satu kilometer dari restoran tersebut.

Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan PKP hari ini meluluskan permohonan kerajaan negeri Kedah untuk melaksanakan PKPD secara pentadbiran di kawasan-kawasan tersebut.”

Menurut laporan media, sehingga semalam, sebanyak 313 individu daripada kluster tersebut telah disaring dengan 20 dikesan positif Covid-19 sementara 280 individu negatif, manakala bakinya masih menunggu keputusan ujian.

Sumber foto: Rojak Daily

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata Kementerian Kesihatan akan menjalankan ujian saringan ke atas kira-kira 7,000 penduduk di kawasan terlibat.

Menurutnya, selain tadika, masjid serta rumah ibadat turut ditutup bagi aktiviti keagamaan termasuk solat Jumaat dan hanya membenarkan seramai 3 orang jemaah sahaja yang dibenarkan untuk mengerjakan ibadah berkenaan.

Kebebasan bergerak mungkin boleh disekat jika kes meningkat seperti yang berlaku di Kedah dan perkara sama mungkin boleh berlaku di tempat lain. Justeru itu, rakyat perlu patuh SOP dan setiap larangan agar perkara seumpama ini tidak berlaku di tempat lain,”

Harap-harap Malaysia cepat sembuh dari wabak virus Covid-19. Risau bila dapat tahu yang ada kes baru di Kedah dan ramai pulak tu. Semoga kita semua dilindungi dan berharap rakyat Malaysia sentiasa tegas dalam mematuhi SOP. #kitajagakita

Author

Write A Comment