Semalam digemparkan dengan letusan Gunung Sinabung di Sumatera Utara, Indonesia yang kembali meletus sejak tahun 1600 namun kembali aktif pada 2010 dan letusan terakhir dilapor berlaku pada Februari 2018.

Letusan itu telah keluarkan abu dan asap berwarna kelabu setinggi 5,000 meter dan Gunung Sinabung berketinggian 2,451 meter dari permukaan bumi itu berstatus siaga (berjaga-jaga) atau peringkat tiga. Menurut kenyataan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Geologi Indonesia (PVMBG), letusan itu berlaku pada 10.16 pagi waktu Indonesia Barat dan asap serta abu itu menghala ke arah timur dan tenggara Pulau Sumatera.

Sumber foto: Astro Awani

Masyarakat setempat dan pengunjung diminta tidak melakukan aktiviti dalam radius lima kilometer dari puncak Gunung Sinabung, kenyataan yang dikeluarkan oleh PVMBG.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon berkata, asap debu itu bagaimanapun dijangka memasuki ruang udara negara di utara Selat Melaka dan negeri-negeri di utara serta timur Semenanjung bermula malam ini.

Namun kita bernasib baik, kejadian letusan Gunung Berapi Sinabung tidak akan menjejaskan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negara ini meskipun asap debunya menghala ke arah timur dan tenggara Pulau Sumatera.

Sumber foto: CNN Indonesia

Keadaan ini hanya menjejaskan operasi penerbangan pada paras ketinggian 1,524 meter hingga 4,267 meter dari permukaan. Dijangka kesan letusan itu boleh sampai ke udara di Selat Melaka dan Semenanjung Pantai Timur tetapi hanya menjejaskan kualiti udara untuk penerbangan sahaja.

Sehubungan itu, kita juga telah mengeluarkan amaran kepada operasi penerbangan untuk mengelakkan daripada menggunakan laluan itu kerana dibimbangi akan menjejaskan keselesaan penerbangan,”

kata Jailan Simon, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) kepada Astro AWANI.

Sumber foto: Astro Awani
Dalam pada itu, Jailan berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana ia dijangka tidak akan menjejaskan kualiti udara di negara kita. Tiada kesan gempa bumi dan tsunami dijangka melanda negara kita akibat letupan gunung berapi tersebut. Keadaan semasa IPU di seluruh negara menunjukkan kualiti udara yang biasa (baik dan sederhana), ulasan yang dipetik dari Astro Awani.
Semoga negara kita sentiasa dilindungi dan selamat dari bencana-bencana alam yang menakutkan macam ni.

 

Author

Write A Comment