Guess what? Destinasi lepak pertama yang kami nak kongsikan pada anda hari ini makan di gerai makan Anggantri Ayam Penyet yang terletak di Jalan Meranti, Setapak, Kuala Lumpur.

Okay pada asalnya gerai makan Anggantri Ayam Penyet ini berada di kawasan Jalan Genting Kelang, tetapi baru sahaja berpindah di gerai foodcourt baru yang sememangnya lebih selesa makan disana! Dah pergi ayam penyet kan, jadi geng kami Jai, Panda dan Billis mencuba beberapa menu utama di gerai tersebut. Bukan sekali dah kami pergi gerai ni, banyak kali lah! Antara menu yang menarik untuk anda cuba seperti Ayam Penyet, Bebek Penyet, Ayam Bakar, Lele Penyet, Bakso, Ayam Berlado dan banyak lagi! Anda boleh lihat menu penuh dibawah:

3 Menu yang kami makan hari ini adalah Ayam Penyet, Daging Penyet dan Bakso beserta air Extra Joss Anggur, Mangga juga Kedondong Asam Boy Mangkuk lah! Oh lupa, setiap menu didatangkan dengan nasi putih, tapi kalau anda nak makan ala-cart tu boleh je~ Sampai sahaja ketiga makanan ni, pulak waktu kami pergi tengah hujan, peghhh memang menggiurkan!

“Sedap dia sehingga melekat ke celah gigi lah! Rate aku bagi untuk Daging Penyet ni 10/10! -Billis”

“Rasa sama je, tapi sambal memang tip top berapii! Rate 9/10 lah untuk Ayam Penyet ni!”- Jai

“So So la~ Tapi daging bakso dia memang puas hati tak de lah banyak tepung atau terlalu kenyal sampai tak rasa daging macam adalahhh beberapa kedai bakso tu! Rate aku bagi 8.5/10 lah. – Panda

Kami sebelum ini pernah juga cuba ayam bakar, ayam bakar dia memang aum! Anda memang patut cuba menu tu sekali! Rate harga menu memang murah serendah RM5.00 sehingga RM15.00. Berbaloi kan? Lagi menarik, semua menu ini memang dimasak dari orang dari Indonesia! Sebab tuu lah memang sedap sebab dibawa dari negara asal resepinya!

Jadi pada anda yang berminat untuk ke gerai Anggantri Ayam Penyet ini adalah waktu operasinya:

Anggantri Ayam Penyet

Alamat: Lot 27550, Jalan Meranti, Mukim Setapak, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. 

Waktu berniaga: Isnin-Ahad; 10:00 am – 10:00 pm

Okay anda stay tuned lagi dengan port lepak kami lepas ini yang akan kami kongsikan okay!

 

Write A Comment