Kucing sudah tentu merupakan haiwan yang sangat digemari ramai kerana kecomelannya, telatah yang jinak selain itu dapat menghilangkan stress. Pencinta kucing semestinya bahagia dan jatuh hati jika melihat gelagat kucing- kucing kesayangan yang sentiasa menghiburkan hati.

Baru-baru ini di Twitter tular video seekor kucing yang sangat manja dengan tuannya hingga menimbulkan rasa geram kepada penonton kerana kecomelannya. Ramai mengatakan mereka cemburu kerana dia sangat selesa dengan tuannya dan mengada kerana terlalu clingy. Video itu memaparkan tingkah-laku seekor kucing yang memeluk tuannya ketika membawa pergi bersiar-siar.  Gelagat manja kucing itu tak ubah seperti ‘ayah dan anak’.

Tambah lagi, kelihatan seperti kucing itu sangat malu apabila mendapat tahu dirinya dirakam dan menyorok mukanya di leher ‘ayahnya’. Video ini telah meraih sebanyak 2.3 juta penonton sehingga kini.

Comelnyaaa kucing ni, geram betul dengan perangai clingy dia tu. Pencinta kucing harap bawa bertenang dengan kucing mengada ni ya!

 

Author

Write A Comment