17 Julai 2020, genapnya 6 tahun peristiwa menyayat hati MH17 yang menggemparkan dunia pada tahun 2014. Tragedi ini amat memberi kesan kepada seluruh dunia terutama sekali di Malaysia kerana melibatkan ramai keluarga tersayang terbunuh.

Pada tahun 2014 adalah tahun yang sangat terkesan bagi Malaysia tidak mengira bangsa dan agama. Hal ini kerana pada 8 Mac 2014, telah berlakunya peristiwa kehilangan MH370 di ruang udara Laut China Selatan yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dan masih menjadi persoalan yang misteri sehingga sekarang. Ditambah lagi menyayat hati, selepas misteri kehilangan MH370 selang empat bulan, sekali lagi seluruh dunia dikejutkan dengan berita nahas MH17.

Sumber: Bulent KILIC / AFP

Peristiwa ini dikejutkan apabila pesawat komersial Boeing 777-200 Malaysia Airlines, MH17 telah  melibatkan kesemua 283 penumpang dan 15 krew terbunuh kerana ditembak dengan peluru berpandu dari ketinggian 30,000 kaki sehingga terhempas di Ukraine, Eropah ketika penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Punca MH17 ditembak jatuh masih lagi di dalam siasatan sehingga ke hari ini.

Namun menurut maklumat dikeluarkan, kesemua penumpang yang tidak bersalah telah terbunuh kerana ketika itu berlaku peperangan antara pemberontak pemisah dan kerajaan Ukraine dan peperangan ini dikenali sebagai Peperangan Donbass. Seramai 193 warganegara Belanda, 43 warganegara Malaysia, 27 Australia, 12 Indonesia, 10 United Kingdom, 4 Jerman, 4 Belgium, 3 Filipina, 1 dari Kanada dan 1 dari New Zealand telah terkorban. Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa pernah memberi amaran supaya mengelakkan laluan udara di Ukraine kerana bimbang peristiwa tersebut berulang lagi.

Kejadian nahas MH17 masih lagi segar di ingatan terutama di Malaysia kerana tragedi ini sangat memberi kesan dan menjadikan seluruh dunia saling bersimpati dengan kehilangan orang tersayang serta mereka lebih berjaga – jaga dengan negara lain.

Tragedi pesawat terhempas adalah antara insiden yang paling menakutkan dan mengerikan kerana peluang untuk terselamat dari nahas ini adalah sangat tipis. Jadi marilah kita sama – sama sedekahkan Al -Fatihah mendoakan semoga roh mereka ditempatkan bersama orang – orang yang beriman.  Aaminn.. Marilah juga kita sama – sama mendoakan supaya peristiwa perit ini tidak akan berulang. 

Author

Write A Comment