Sebenarnya macam ni, Nest smart speaker ini telah pun Leak pada hari yang sama dan akhirnya Google sendiri mendedahkan produk terbaru mereka ini. Menurut The Verge, Google telah mengirimkan foto rasmi kepada mereka dengan merujuknya sebagai “apa yang sedang dilakukan oleh pasukan Nest dari rumah.”

Speaker ini kelihatan seperti diantara “Nest Mini” yang gebu bergabung dengan “Google Home Max” yang lebih besar, serta boleh berdiri menegak. Dalam gambar ini menunjukkan ianya dibaluti fabrik biru sementara foto dari rakaman menggambarkan reka bentuknya berwarna kelabu yang nampak lebih natural!

Gambar leak- Nest Speaker

Google juga berkongsi video teaser yang menunjukkan speaker digunakan di latar belakang, termasuk varian warna merah jambu.

Eh memang gempak lah! Kalau ada ni memang complete Google Home dalam rumah memasing! Apa-apa pun kita nantikan pelancaran rasmi Nest speaker ini dari Google…

Sumber: The Verge; Android Police

Write A Comment