Idris Md Diah yang terkenal dengan watak sebagai Pak Andak dalam drama bersiri ‘7 Hari Mencintaiku’ telah meninggal dunia pada jam 2.30 pagi tadi di kediamannya di Putrajaya. Beliau antara pelakon veteran yang aktif dalam membintangi  perlbagai drama tempatan.

Sumber foto: Astro Awani

Menurut anak arwah, Alia, ayahnya tidak sedarkan diri kira-kira jam 2 pagi dan ketika pasukan perubatan tiba dan memberi rawatan, mereka mengesahkan Allahyarham sudah meninggal dunia.

Ayah tak sedarkan diri sekitar jam 2 pagi tadi. Arwah sudah dua hari takde selera makan.”

Sumber foto: Kosmo

Jenazah akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Al-Faizin Desa Jaya, Kepong dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan sebelum solat Zuhur.

Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan golongan orang yang beriman, Aamiin.

Author

Write A Comment