Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa perjalanan rentas negeri dan daerah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dibenarkan. Namun beliau meminta agar orang ramai tetap mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengelakkan peningkatan jumlah kes jangkitan Covid-19.

Sumber foto : Berita Harian

Tambahan, kerajaan memutuskan untuk mengehadkan tidak lebih 10 ekor haiwan bagi setiap masjid dan surau termasuk lokasi yang dibenarkan oleh Pejabat Agama Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan. Selain itu, jumlah kehadiran sewaktu ibadah korban hanya dibenarkan sebanyak 20 orang sahaja untuk setiap ekor haiwan korban.

Namun begitu, jamuan makan di tapak korban tidak dibenarkan sama sekali kecuali bungkus. Jamuan atau majlis di rumah, tidak boleh melebihi 20 orang pada satu masa.

Sumber foto : Astro Awani

Haa.. ingat tu walaupun korang seronok dapat balik kampung masa Hari Raya Aidiladha, korang kenalah patuhi arahan kalau taknak perkara yang tidak diingini berulang supaya Malaysia kita cepat sembuh daripada wabak virus Covid-19.

Author

Write A Comment