Kebiasaannya kita tengok pengantin akan pakai kasut tumit tinggi yang cantik pada hari istimewa. Yang penting kasut tu mestilah berkilau, tinggi berinci, nak bagi kaki tu nampak slim kononnya. Tapi yang pasti tak semua wanita sukakan kasut macam tu kan? Ada bagi mereka yang macam leceh nak jalan, sakit kaki, takut terjatuh. Yang penting selesakan?

Laman web shopping online ada tawarkan kasut untuk pengantin perempuan yang sangat selesa iaitu kasut Crocs yang berkilau! Nampak comel dan simple sahajakan ? Tapi kasut ini sangat digemari ramai dan harganya juga agak mahal. Jangan pandang sebelah mata je.

Sumber foto : Princess Pumps / Etsy

Banyak juga design selain Crocs, ada yang  juga kasut Converse dengan hiasan manik-manik yang cantik!

Sumber foto : Princess Pumps / Etsy

Bukan setakat selesa ketika majlis perkahwinan, pengantin perempuan juga boleh berjalan dengan yakin tanpa ada rasa takut. Warnanya juga memukau. Inilah dipanggil kasut pengantin Next Level!

Author

Write A Comment