Biar betul kereta dari Malaysia jadi kegemaran dua beradik kembar?! Ini disebabkan perasaan cinta akan Malaysia dan kereta Proton Wira selepas menetap di Ampang, Selangor selama 7 tahun.

Sumber foto: Dutch Diy Mechanics Instagram

Adik beradik kembar dari Belanda iaitu Jochem dan Ruben Gravemade yang menggelarkan diri mereka sebagai Dutch DIY Mechanic (DDM) yang amat gilakan kereta Proton Wira kerana bagi mereka reka bentuknya yang sangat unik dan menarik. Tambahan lagi dua beradik ini merupakan peminat automotif dan sukan permotoran dan mereka sering terlibat dengan perlumbaan kereta di Litar Nurburgring yang terletak di Jerman.

Secara ringkasnya litar ini dibina pada tahun 1984 dan digunakan untuk menguji hampir semua jenis kenderaan dari syarikat automotif terkemuka selain menjadi tuan rumah kepada banyak perlumbaan sukan motor seperti F1, IDM, kejohanan Superbike Dunia (WSBK). Ramai peminat sukan permotoran dilihat begitu mengagungkan litar yang diberi jolokan Green Hell ini dengan menampal stickernya di cermin atau body kereta mereka.

Dipetik dari Malaymail , adik-beradik Gravemade ini mula mengusahakan projek yang diberi nama ‘Project Proton’ ini pada 5 Julai 2019 selepas berjaya mendapatkan Proton wira pertama mereka di Jerman.

Kereta tersebut bagaimanapun mengalami masalah pada enjin asal (4G13 1.3liter) sehingga memaksa mereka membeli sebuah lagi Proton Wira yang berjaya ditemui iaitu dari jenis Aeroback ( 4G15 1.5 liter )

Menggunakan bahan dari kombinasi dua kereta tersebut mereka kemudiannya berjaya menyiapkan kereta projek mereka itu untuk beraksi di Nurburgring pada awal Julai lalu. Lagi menarik, reka bentuk kereta Proton Wira yang ditetapkan oleh dua beradik kelihatan sebiji macam kereta teksi di Malaysia kan ?

 

Wahhh! Orang luar negara sangat mengagungkan kereta buatan dari Malaysia, mesti kita semua banggakan bahawa Malaysia sebenarnya sangat hebat dimata negara-negara luar.

Author

Write A Comment