Selamat tinggal buat selama-lamanya! Lelaki dari Bangladesh, Md Rayhan disenarai hitam buat selama-lamanya di mana dia tidak boleh lagi datang ke Malaysia kerana telah memburukkan nama Malaysia dalam dokumentari Al Jazeera, ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’. Hal ini jugalah menjadi punca Finas mengenakan lesen untuk membuat video kepada orang Malaysia. 

Md Rayhan dengan tangannya digari dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor dalam jam 9 malam dan diiringi oleh pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan difahamkan penerbangan berlepas pada jam 11 malam ke Dhaka, Bangladesh.

Sumber foto: Berita Bernama

Md Rayhan sebelum ini ditahan di Setapak, Kuala Lumpur pada 24 Julai selepas JIM meminta bantuan orang ramai untuk mencari dan mengenalpasti warga Bangladesh ini. Berdasarkan dari video dokumentari Al Jazeera itu, Md Rayhan menceritakan layanan tidak adil oleh pihak berkuasa kepada pendatang tanpa izin ketika negara Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud memaklumkan Md Rayhan akan diusir dari Malaysia dan pulang ke negara asalnya setelah selesai semua siasatan polis termasuk dengan pas lawatan kerjanya ditamatkan dan disenaraihitamkan daripada datang ke Malaysia buat selama-lamanya.

Itu makannya buat hal di negara orang, dah lah cari rezeki kat sini, pastu sesuka hati dia nak burukkan nama negara orang. Malaysia ada peraturan yang ketat jadi sebab tu kena senarai hitam buat selama-lamanya. Kira Malaysia ni baik lagi sebab cuma halau pulang ke negara asal. Kalau buat hal macam ni kat negara lain, habislah dia!

 

Author

Write A Comment