Sebanyak 36 daripada keseluruhan lebih 100 kerbau milik keluarga remaja yang terkenal dengan jolokan Mowgli Malaysia, Muhammad Syukur Khamis, 15, mati mengejut sejak Rabu lalu. 

Kesemua kerbau berusia antara dua hingga lima tahun itu mati di kandang yang terletak di Kampung Banggol Katong, Serada dipercayai akibat penyakit hawar berdarahDaripada jumlah itu, difahamkan tiga merupakan kerbau betina dewasa manakala bakinya adalah anak. 

Sumber foto: Mstar

Bapa Muhammad Syukur, Khamis Jusoh, 64, berkata, kematian berturut-turut kerbau peliharaannya itu memberi kejutan besar kerana itu pertama kali dialami sepanjang puluhan tahun mengusahakan ternakan tersebut. 

Katanya, jumlah korban terbanyak dicatatkan mulai semalam dengan 10 ekor yang mati serentak disusuli 11 lagi pagi ini. 

Seumur hidup saya sepanjang  menternak kerbau dari kecil tidak pernah kejadian  seperti ini berlaku. “

Saya buntu tidak tahu apa puncanya tetapi doktor mengatakan akibat penyakit hawar berdarah cuma saya bimbang nasib kerbau yang lain kerana setakat ini kira-kira enam ekor tenat dan mungkin akan berdepan nasib sama,” katanya ketika ditemui pemberita di kandangnya di sini hari ini. 

Khamis berkata, akibat kejadian itu, dia kerugian hampir RM200,000 dan jumlahnya mungkin menjadi lebih besar jika lebih banyak kematian berlaku. 

Sumber foto: Utusan Borneo

Dalam perkembangan sama, dia juga bimbang keadaan anak bongsunya, Muhammad Syukur yang turut sama bersedih dengan kematian ternakan mereka. 

Tambahnya lagi, sudah seminggu Syukur tidak bersekolah dan risau dengan keadaannya di samping buntu memikirkan nasib kerbau-kerbau mereka.  –UTUSAN

Author

Write A Comment