Semua aktiviti penggambaran memerlukan lesen daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) termasuk rakaman media sosial peribadi, kata Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Akta Finas merujuk filem sebagai bahan yang dirakam termasuk short film, dokumentari, trailer dan iklan. Untuk mendapatkan lesen bagi pembikinan filem dan penggambaran video, pemohon mesti berdaftar sebagai pemilik Syarikat Sdn Bhd dan mempunyai modal berbayar tidak kurang dari RM50,000. Finas mengeluarkan 3 jenis lesen kepada industri perfileman iaitu lesen pengeluaran filem dan video, lesen pengedaran filem dan lesen pepameran filem dan video.

Sumber foto : Finas Film License

” Penerbit filem wajib memohon lesen pengeluaran filem dan surat perakuan penggambaran (SPP) tidak kira mereka adalah agensi arus perdana atau ‘media personal’ yang menerbitkan filem di platform media sosial atau saluran tradisi.” – Saifuddin.

Tambahan, penyedia kandungan video platform online seperti Youtube (Youtuber) mungkin terikat dengan Akta Finas 1981 (Akta 244). Mana-mana individu tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam aktiviti mengeluar, mengedar dan mempamerkan filem melainkan memiliki lesen berdasarkan Seksyen 22 (1) akta sama. Tambah beliau lagi, setiap filem, dokumentari, filem kecil, iklan atau apa-apa rakaman bahan dan video untuk tontonan orang ramai perlu mematuhi undang-undang.

Punca lesen Finas menjadi tumpuan kerana keputusan kerajaan ke atas siasatan sama ada Al-Jazeera mempunyai lesen atau tidak dalam menghasilkan dokumentari. Al-Jazeera telah menerbitkan dokumentari “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” yang mendedahkan layanan kerajaan kepada warga asing tanpa dokumen ketika Malaysia sedang diserang wabak Covid – 19.

Sumber foto : Finas Film License

Malah, syarikat penyiaran antarabangsa itu tidak membuat permohonan untuk surat perakuan penggambaran bagi membuat liputan dokumentari berkenaan. Ini menyebabkan kemarahan kepada Putrajaya yang mengecam dokumentari itu dan menyifatkan sebagai berat sebelah. Pihak polis menyoal siasat pemberita yang terlibat dalam dokumentari tersebut dan dalam pada masa sama Jabatan Imigresen mula memburu wara asing yang ditemu bual dalam video tersebut.

Hurmm.. Lepas ni, korang yang suka berTikTok pun kena ada lesen ni tau, dah tak boleh upload macam tu dah kat media sosial, lagi-lagi yang suka buat video dalam Youtube. Korang wajib kena ada lesen ni tau !

Author

Write A Comment