Banyak pawagam di seluruh dunia masih ditutup kerana COVID-19 dan masih tiada berita bila ia akan dibuka. Itu tidak bermaksud ia mustahil untuk menonton filem di pawagam bersama. Drive-thru sementara kini menjadi semakin popular dan penonton boleh menikmati filen kegemaran daripada keselamatan kereta. Tetapi Paris telah mencari cara yang lebih kreatif untuk memberikan pengalaman teater yang sama sambil mengekalkan jarak jauh sosial. Di sini, mereka akan mengadakan panggung wayang terapung di mana setiap penonton akan duduk di atas bot.

Le cinema sur l’eau

Setiap tahun pelan Paris Plages akan mengubah pesisiran kota menjadi pantai sementara. Sekarang, sebahagian daripada pelan tahun ini akan merangkumi pawagam terapung yang pertama. Le cinema sur l’eau (“pawagam atas air”) akan menayangkan filem Le Grand Bain (Sink or Swim) ke layar 16x9m di Bassin de la Villette. Seramai 150 pemenang bertuah berpeluang menonton filem tersebut di atas kapal elektrik yang disediakan.

 

Setiap kapal boleh memuatkan empat hingga enam orang dan setiap penontoh harus mengikuti garis panduan keselamatan untuk penjarakan sosial. Tiada siapa akan duduk dengan orang asing, dan hanya boleh ditempatkan bersama keluarga dan rakan-rakan. Sebanyak 150 kerusi tambahan juga akan didirikan di kawasan Paris Plages untuk menonton filem dari Quai de Seine.

Pawagam terapung ini dihasilkan bersama kerjasama Häagen-Dazs, kota Paris, dan mk2, sempena meraikan pawagam yang dibuka semula di Perancis. Jelas sekali, ini lebih menarik daripada duduk di teater gelap biasa dan mungkin satu idea yang boleh dipertimbangkan oleh Malaysia.

Write A Comment