Sebelum ini viral restoran nasi kandar di Napoh yang diarahkan tutup kerana menjadi punca kes Covid-19 meningkat secara mendadak.

Hari ini, Nezar Mohamed Sabur Batcha (pemilik restoran) dijatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM12,000.00 di Mahkamah Majistret Alor Setar. Dia didapati bersalah kerana mengingkari perintah pengawasan dan pemerhatian dalam tempoh kuarantin wajib pada 14 Julai lalu.

Sumber foto: Buzz Malaysia

Sikap tidak bertanggungjawab pemilik restoran nasi kandar itu  yang ingkar arahan kuarantin telah menyebabkan penularan kluster baru di Kedah iaitu Kluster PUI Sivagangga pada bulan lepas. Seramai 7,000 orang telah di 4 buah mukim dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar (TEMCO) sehingga 30 Ogos 2020.

Tambahan, restoran nasi kandar Salleh tidak dibenarkan beroperasi semula sehingga tindakan lanjut akan ditentukan selepas TEMCO tamat. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sehingga kini kluster Sivagangga masih kekal dengan rekod 45 individu positif Covid-19.

Sumber foto: Sinar Harian

Kat media sosial, ramai yang tak puas hati dengan sikap tak bertanggungjawab pemilik restoran nasi kandar ni. Fikirlah dulu keselamatan orang lain sebelum nak buat apa-apa daripada tamak nak keuntungan. Wang boleh dicari tapi nyawa tiada ganti. Sekarang dah kena tindakan, nak menyesal pun tiada guna. Harap orang ramai ambik ni sebagai pengajaran demi keselamatan diri sendiri dan orang sekeliling kita.

#kitajagakita

Author

Write A Comment