Rasa berdebar, mungkin itu yang dirasai oleh sebahagian besar rakyat Malaysia menjelang malam ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 8 malam ini (Jumaat).

Berdasarkan maklumat daripada Pejabat Perdana Menteri, perutusan itu akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.

Pada 7 Jun lepas, perdana menteri mengumumkan pelaksanaan PKPP bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas Malaysia berjaya mengekang penularan pandemik Covid-19 di negara ini.

PKPP yang telah berkuatkuasa pada 10 Jun dijadualkan tamat pada 31 Ogos ini. – Bernama

Mesti seluruh rakyat Malaysia rasa berdebar-debar nak tunggu keputusan malam ni, kan ? Harap-harap Malaysia semakin bebas daripada penularan pandemik Covid-19.

Author

Write A Comment