Kerajaan bersedia membuka sempadan Malaysia-Singapura bagi fasa pertama yang dijangka secara berperingkat mulai hari ini (17 Ogos 2020) dan pembukaan berkenaan akan membabitkan kemudahan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA).

Sebagai permulaan, bagi kategori pertama, seramai 400 orang dibenarkan dalam seminggu manakala kategori kedua seramai 2,000 orang sehari. Kejayaan pembukaan RGL dan PCA akan menjadi penanda aras bagi pembukaan rentas negara bagi kategori ketiga iaitu 200,000 pekerja Malaysia yang berulang alik sehari.

Sumber foto: Astro Awani

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata,

Apabila sempadan buka, sudah tentu kita (kerajaan) akan bekalkan pengangkutan awam. Mesti ada percaturan yang rapi dan apabila melihat adanya permintaan, akan ada pergerakan (pengangkutan). Mungkin akan beransur-ansur benarkan. Kalau ada permintaan rasanya kita tidak ada masalah, bermakna persetujuan daripada kedua-dua negara namun tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.”

Sumber foto: MStar

Akhirnya, orang Malaysia yang bekerja di Singapura dapat pulang ke kampung halaman setelah sekian lama sempadan ditutup disebabkan pandemik Covid-19. Kesian mereka terpaksa menahan rasa rindu kat keluarga di kampung halaman. Semoga perjalanan mereka sentiasa dipermudahkan dan dilindungi, Aamiin.

Author

Write A Comment