Setelah beberapa hari viral dengan kes gambar perkongsian di Instagram Sharifah Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 31, hari ini viral pula mengenai kisah lain bahawa artis yang sangat humble ini telah disahkan bercerai dengan suaminya pada Mei lalu!

Sumber: FB Sharifah Sakinah

“SAYA sedar banyak kekurangan pada diri dan tidak boleh menjadi isteri yang baik untuknya,”  Sakinah mengesahkan dia sudah bercerai dengan suaminya, Aliff Adha pada Mei lalu dan sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mac.

Sakinah telah menyatakan bahawa perpisahan tersebut adalah secara baik bersama suaminya dan bukan berpunca dari orang ketiga atau seangkatan dengannya.

“Kami berpisah secara baik pada Mei lalu. Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira anak kami, Anais Adha yang kini berusia tiga tahun. Ia bukan sebab orang ketiga” 

Sumber: RotiKaya

Sakinah dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 28 Mac 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan. Spekulasi hubungan mereka akhirnya terlerai selepas penyebaran Aliff menggunakan aplikasi mencari pasangan di Internet tersebar.

Enggan mengulas lanjut perkara itu, Sakinah sebaliknya mendoakan kebahagiaan bekas suaminya itu dan berkata, dia tidak berhak masuk campur urusannya.
“Berkenaan hal dia menggunakan aplikasi ‘dating’, itu haknya. Saya tak mahu masuk campur dan dia bebas buat apa dia nak. Biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing. Itulah yang sebaik-baiknya,” katanya.

Pekara ini sudah mula dibualkan oleh netizen apabila Sakinah sudah mula kurang mengongsikan gambar bekas suaminya di Instagram. Apa-apa pun kami mendoakan agar Sharifah Sakinah sentiasa tenang menghadapi situasi ini.

Sumber: Harian Metro

Write A Comment