Disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia memberi kesan yang sangat mendalam kepada setiap individu.

Memahami kebanyakan individu tertekan dengan wabak tersebut, syarikat produksi di Jepun telah mencipta hiburan yang aneh untuk memberi kepuasan kepada mereka untuk melepaskan jeritan dan tekanan perasaan.

Syarikat Jepun mencipta hiburan di mana orang ramai yang mengambil bahagian akan berbaring di dalam keranda sahaja dan akan dikelilingi oleh zombi-zombi yang mengerikan dan ganas.

Pandemik ini memberi tekanan, dan kami berharap orang dapat sedikit kelegaan dengan cara menjerit”

kata Kenta Iwana yang merupakan coordinator syarikat produksi Kowagarasetai atau ‘Scare Squad’.

Mereka hanya perlu membayar beberapa yen dan akan ditakutkan oleh zombi-zombi selama 15 minit.

Author

Write A Comment