Heish! Nak kata dah akhir zaman tu memang boleh dah! Ada ke patut seorang bapa yang konon paut tangan anaknya semata-mata untuk mendapatkan gambar yang cantik!!! Eh geramnya!

Artikel yang dikongsikan oleh Lobak Merah menyatakan aksi tersebut telah dirakam oleh pelancong yang tengah mengambil angin di jalan raya kawsan gunung tinggi yang dinamakan Hongjing Road di Daerah Fangshan Beijing di China.

Jalan Hongjing, yang sepanjang 18.94km (11.76 batu),menjadi tempat yang sangat cantik dan sering disinggah oleh pelancong untuk ambil angin dan bergambar.

Di dalam video yang telah viral tersebut sehingga itonton sebanyak 13 juta tontonan dalam masa 24 jam, kanak-kanak tersebut dilihat berpaut pada tangan ayahnya sambil meletakkan kakinya di dinding penahan konkrit kemudian ada seorang lagi lelaki berpaut dari belakang ayahnya untuk mengambil foto anaknya tersebut!

Dalam gambar ini anda boleh melihat tidak kanak-kanak yang telah melangkah penghadang jalan berdiri bersebelahan gaung tersebut.

“Anak itu tergantung-gantung di sana. Bagaimana mungkin? Kanak-kanak itu hanya memegang tangannya seperti itu” – Kedengaran seorang lelaki berkata di belakang kamera

Untuk sekarang ini, mamat yang takde otak ini telah dikecam teruk di laman sosial China – Weibo tetapi buat masa ini masih tiada sebarang pernyataan dari keluarga tersebut!

Jadi pada anda yang suka sangat tangkap gambar cantik-cantik, tolonglah jaga keselamatan tu dahulu ye! Jangan sampai jadi macam ini! Kalau lah budak tu terjatuh sebab tangan bapanya licin atau terlepas genggaman, tekedu lah lidah masing-masing oi! Cuba jadi bijak sikit ok!

Sumber: Lobak Merah; Daily Mail

Write A Comment