Terkini, Pharmaniaga Bhd menjangkakan vaksin Covid-19 sedang menjalani ujian klinikal di negara-negara seperti India dan China akan berada di Malaysia pada suku pertama atau kedua 2021.

Pemangku Pengarah Urusan, Mohamed Iqbal Abdul Rahman berkata pada taklimat prestasi kewangan dan pengumuman keputusan bagi suku kedua 2020 syarikat itu pada Isnin,

Kebanyakannya (pembuat vaksin) telah mengumumkan untuk mengeluarkan vaksin itu menjelang akhir 2020. Justeru, saya berpendapat mereka akan menyediakan untuk peringkat tempatan terlebih dahulu sebelum menawarkannya ke negara-negara lain. Jadi, apabila Malaysia menerima vaksin itu, kilang kami bersedia untuk membotolkannya dengan segera. ”

Mohamed Iqbal yang juga Ketua Pegawai Operasi syarikat berkata,

vaksin itu akan memasuki pasaran selepas menerima kelulusan kerajaan dan memenuhi syarat undang-undang di bawah Agensi Kawal Selia Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (NPRA).”

Mohamed Iqbal berkata ia adalah kilang yang diluluskan dengan Amalan Perkilangan yang Baik (GMP) dan satu-satunya kilang SVI di Malaysia yang mempunyai GMP daripada Kesatuan Eropah.

Kapasiti kami adalah kira-kira 10 juta dos setiap bulan untuk bekas 10 dos.”

Mengenai unjuran pada tahun ini, Mohamed Iqbal berkata ia menjangkakan perniagaan syarikat itu akan kembali normal pada suku keempat 2020 – seperti menerima tempahan daripada kerajaan seperti pra-Covid-19 dan sektor swasta akan terus berkembang.

Secara keseluruhannya, beliau menjangkakan industri farmaseutikal akan mencatatkan pertumbuhan yang berterusan walaupun berdepan persekitaran lebih berdaya saing memandangkan kerajaan telah meningkatkan kira-kira enam peratus perbelanjaan dalam sektor penjagaan kesihatan dalam belanjawan sebelum ini.- BERNAMA

Moga-moga dengan adanya vaksin ni dapat menyembuhkan mereka yang positif dan sekaligus kehidupan seharian kita kembali seperti biasa!

Author

Write A Comment