Berita baik untuk pencinta filem yang nak tonton wayang secara selamat dari wabak berbahaya Covid-19 dan selesa, Perak telah cipta sejarah dengan memberi pengalaman baru kepada rakyat Malaysia dengan menonton wayang secara pandu masuk.

Wayang pandu masuk terletak di Downtown Meru Raya, Ipoh dan sudah pun dibuka bermula pada 18 Julai 2020. Orang ramai boleh membuat tempahan tiket wayang secara online di laman web dikenali sebagai Sini-Drive. Bayarannya antara RM36 hingga RM42 bagi setiap kenderaan dengan set snek dan minuman. Makanan dan minuman yang telah ditempah oleh penonton akan dihantar ke kereta masing – masing.

Anda boleh membuat tempahan tiket dan set snek di laman web rasmi.

Tambahan lagi, penonton juga merasai pengalaman dengan mendengar semua sistem audio dan suara di dalam kereta kerana satu frekuensi khas akan diberi kepada setiap penonton di mana audio tayangan filem dapat didengari terus dari radio kenderaan penonton.

Orang ramai boleh menikmati pelbagai genre tayangan filem pada skrin berkeluasan 6×18 meter. Tayangan bermula 8 malam sehingga 11 malam pada setiap hari kecuali Isnin.

Sumber foto : Sinar Harian

Malah, menurut Ketua Pengarah Eksekutif PCB, Zainal Iskandar Ismail berkata:

Sekiranya wayang pandu masuk mendapat sambutan yang baik, kami bercadang untuk membuka panggung ini di tempat lain seperti Kuala Kangsar dan Kampar.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan  Awam dan Pelancongan, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi, mengatakan bahawa pawagam pandu lalu adalah satu idea yang baik dalam memberi peluang kepada rakyat untuk keluar meluangkan masa bersama – sama keluarga.

Tambahnya lagi, beliau yakin bahawa ramai yang tidak mahu mengambil risiko terjangkit dengan wabak berbahaya ini. Sini – Drive ini juga mampu menarik lebih ramai pengunjung untuk ke Perak terutamanya di Bandar Meru Raya. Perkara ini juga dapat menjana dan merancakkan ekonomi setempat sejajar dengan seruan kerajaan negeri dalam kempen #TravelPerakLah yang dilancarkan baru-baru ini.

Sumber foto; Sinar Harian

Jika kita perhatikan panggung pandu masuk ini, mengingatkan kita pada filem – filem di Amerika masa dahulu. Di Amerika, mereka menggunakan konsep ini dan kelihatan sangat menarik dan ramai rakyat kita berpendapat ingin mewujudkan suasana seperti zaman itu kerana ramai tertarik panggung pandu masuk ini. Akhirnya, keinginan mereka tercapai pada tahun 2020 disebabkan ingin menjaga jarak sosial orang ramai yang ingin keluar meluangkan masa dengan selamat.

Author

Write A Comment